Pusat penilaian Stadium Melawati sesak selepas kes Covid-19 melonjak


Afif Abd Halim

LONJAKAN jumlah pesakit Covid-19 di Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) Stadium Melawati, Shah Alam, Selangor sejak seminggu lalu menyebabkan kawasan di situ sesak, kata Dr Dzulkefly Ahmad.

Dr Dzulkefly, yang merupakan pengerusi Pasukan Petugas Khas Menangani Covid-19 di Selangor memberitahu The Malaysian Insight bahawa jumlahnya terus meningkat melebihi 1,000 pesakit setiap hari tetapi baru-baru ini jumlahnya hampir mencecah 2,000.

Selangor mencatatkan purata 4,000 jangkitan baharu sejak seminggu lalu kerana jumlah dan kepadatan penduduknya.

Semalam, Selangor mencatatkan 4,682 kes baharu sementara Kuala Lumpur mencatatkan 1,247 kes baharu. – 12 Julai, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen