SEAWAL pukul 4 pagi para pengusaha bot di Pulau Gaya, Sabah sudah mula mencari rezeki.
Pulau yang terdiri daripada empat kampung atas air iaitu Kg Suapan, Kg Lok Kurai, Kg Pasir Putih dan Kg Pondoh ini memerlukan masa lebih kurang 10 minit perjalanan bot dari Kota Kinabalu.
Bot satu-satunya pengangkutan untuk ke daratan bagi kebanyakan penduduk Pulau Gaya.
Sejak sekatan pergerakan dikenakan, para pengusaha bot Pulau Gaya terjejas teruk, di mana jumlah penumpang turun mendadak kepada hanya empat orang berbanding 12 orang pada sebelum sekatan dilaksanakan.
Baru-baru ini, perintah kawalan pergerakan diperketatkan telah dikenakan di beberapa kawasan di Sabah, termasuk Kg Pondoh di Pulau Gaya. Bagi penduduk di Pulau Gaya, dengan pelaksanaan sekatan pergerakan ia telah menjejaskan lagi sumber pencarian mereka, dan memerlukan masa yang lebih lama untuk pulih. – 11 Julai, 2021.
Seorang lelaki berdiri di atas bot berlatarkan pemandangan Kota Kinabalu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 11 Julai, 2021.Dua penduduk kampung, yang menuju ke daratan Kota Kinabalu dari Pulau Gaya menaiki bot dipandu oleh Saidina Sapal. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 11 Julai, 2021.Seorang penduduk kampung di Pulau Gaya, Sabah, mendukung anaknya. Perkhidmatan bot adalah sumber mata pencarian bagi penduduk Pulau Gaya. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 11 Julai, 2021.Pengusaha bot di Pulau Gaya, Sabah, berjuang untuk memenuhi keperluan ketika sekatan pergerakan seluruh negara diteruskan di tengah pandemik yang marak. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 11 Julai, 2021.Saidina Sapal, yang menjalankan perkhidmatan bot di Kg Suapan, Pulau Gaya, sejak 1996, bersiap ketika subuh untuk mencari rezeki. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 11 Julai, 2021.Penduduk kampung berkumpul di sebuah jeti di Kg Pondo, Pulau Gaya, yang berjarak 10 minit perjalanan dengan bot dari Kota Kinabalu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 11 Julai, 2021.Pemandu bot di Kg Suapan, Pulau Gaya, memulakan hari mereka seawal jam 3 pagi. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 11 Julai, 2021.Senyuman kanak-kanak di Kg Suapan menjadi penyeri walaupun ekonomi di pulau ini terjejas. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 11 Julai, 2021.Pengusaha bot dilihat menunggu penumpang berhampiran sebuah jeti di Pulau Gaya, Sabah. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 11 Julai, 2021.
Komen