KESUKARAN akibat pandemik memaksa pengusaha pelancongan di Pulau Redang bertukar bidang dengan bertani untuk membolehkan mereka dapat terus hidup.
Selain untuk dijual, hasil tuaian itu juga dapat dimakan ketika sektor pelancongan lumpuh sama sekali, menurut seorang usahawan yang memiliki tapak perkhemahan seluas satu ekar.
Mohd Aziruddin Majid berkata walau tiada pengalaman, beliau terpaksa melakukannya demi kelangsungan beliau dan juga dua pekerja yang tidak dapat lagi dibayar gaji.
Katanya, semua pengusaha pelancongan di pulau tersebut terjejas kerana langsung tidak dapat beroperasi pada tahun ini. Mereka dibebani dengan kos sewa tanah, penyelenggaraan tempat tapak khemah, dan pinjaman bayaran peribadi bagi pembelian bot dan gaji pekerja.
Pelancongan sememangnya menjadi sektor kedua terpenting di negeri itu, yang teruk dibantai ekoran pelaksanaan PKP. Pada 2009, negeri Pantai Timur itu menerima 5.25 juta pelancong, yang kemudian merosot kepada hanya 500,000 orang pada 2020 akibat penularan pandemik Covid-19.
Marzuki Abdullah menyiram sayur-sayuran yang dia tanam di restorannya, yang telah ditukarkannya menjadi ladang, di Pantai Pasir Panjang, Pulau Redang, Terengganu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 5 Julai, 2021.Sekumpulan pekerja resort berkumpul di sekitar unggun api di sebuah pantai di Pulau Redang. Resort tidak dibenarkan buka kerana sekatan pergerakan yang dikenakan kerajaan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 5 Julai, 2021.Sekumpulan penduduk Pulau Redang mengayuh sampan melalui kapal pelancongan kosong ketika perdagangan pelancongan di pulau itu membeku berikutan sekatan perjalanan yang dikenakan kerajaan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 5 Julai, 2021.Penduduk Pulau Redang pulang dengan menaiki bot selepas membeli makanan mentah di daratan Terengganu. Menaiki bot memakan masa 45 hingga 60 minit, dan memerlukan belanja tambahan kepada penduduk pulau. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 5 Julai, 2021.Marzuki Abdullah memeriksa tanamannya. Marzuki yang sebelum ini menjalankan restoran di Pulau Redang telah beralih kepada tanaman untuk bertahan ketika pandemik Covid-19. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 5 Julai, 2021.Meja kosong dan tanaman sayuran mekar dapat dilihat di perkarangan luar restoran di Pantai Pasir Panjang, Pulau Redang, Terengganu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 5 Julai, 2021.Tapak perkhemahan kosong di Pulau Redang, Terengganu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 5 Julai, 2021.Mohd Aziruddin Majid menanam sayur dengan bantuan dua orang pekerja, di Pulau Redang, Terengganu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 5 Julai, 2021.Walaupun hilang punca pendapatan, Ali, kakitangan di tapak perkhemahan Pulau Redang rajin mengumpul sampah di sekitar Pulau Redang. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 5 Julai, 2021.Wan Muhammad Ashraf Wan Suhaimi dan adik iparnya, Muhammad Ariff Shafie, mengutip cili dari ladang cili, hasil usaha perniagaan baharu mereka, di Kg Baru Pulau Redang. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 5 Julai, 2021.Muhammad Ariff Shafie (depan) dan Wan Muhammad Ashraf Wan Suhaimi mengeringkan cili yang mereka tanam sebelum dijual ke kedai runcit di sekitar Pulau Redang. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 5 Julai, 2021.Wan Muhammad Ashraf Wan Suhaimi dengan anak lelakinya ketika bersembang dengan rakan perniagaan yang juga abang iparnya, Muhammad Ariff Shafie, mengenai perjuangan mereka ketika pandemik, di sebuah jeti di Kg Baru Pulau Redang. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 5 Julai, 2021.
Komen