JABATAN Imigresen menahan 309 pendatang asing tanpa izin (Pati) daripada 715 yang diperiksa dalam operasi bersepadu di kawasan kediaman sebuah tapak pembinaan di sekitar Dengkil, Selangor, awal pagi tadi.
Pendatang tanpa izin yang ditahan terdiri daripada 280 lelaki dan 29 wanita melibatkan pecahan warganegara iaitu Indonesia (193), Bangladesh (102), lapan warga Myanmar, Vietnam (empat) dan dua warga India berusia lingkungan 20-an hingga 50-an.
Dalam operasi ini juga, Jabatan Imigresen turut memeriksa 10 warga Rohingya yang merupakan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).
Operasi bersepadu itu yang bermula pada 12.30 tengah malam dan berakhir 2.30 pagi tadi, disertai 189 anggota melibatkan pelbagai agensi penguatkuasaan antaranya Pasukan Gerakan Am, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Tenaga Kerja serta Angkatan Pertahanan Awam. – 21 Jun, 2021.
Seorang pekerja asing digari setelah dia cuba melarikan diri semasa serbuan di hostel pekerja binaan di Bandar Baru Lembah Selatan Dengkil di Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 21 Jun, 2021.Pegawai Imigresen memeriksa dokumen pekerja asing semasa serbuan di hostel pekerja binaan di Bandar Baru Lembah Selatan Dengkil di Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 21 Jun, 2021.Pegawai Imigresen memecah pintu hostel pekerja binaan semasa serbuan oleh Jabatan Imigresen di hostel pekerja binaan di Bandar Baru Lembah Selatan Dengkil di Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 21 Jun, 2021.Pekerja asing dikumpulkan di perkarangan hostel mereka ketika serbuan di hostel pekerja binaan di Bandar Baru Lembah Selatan Dengkil di Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 21 Jun, 2021.Anggota Imigresen dan keselamatan menahan seorang pekerja asing setelah dia cuba melarikan diri semasa serbuan oleh Jabatan Imigresen di sebuah hostel pekerja binaan di Bandar Baru Lembah Selatan Dengkil di Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 21 Jun, 2021.Anggota Imigresen dan keselamatan mengumpulkan 280 lelaki dan 29 wanita yang tinggal secara haram di Malaysia, di Dengkil, Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 21 Jun, 2021.Pendatang asing tanpa izin wanita digari ketika mereka ditangkap dalam serbuan oleh Jabatan Imigresen di hostel pekerja binaan di Bandar Baru Lembah Selatan Dengkil di Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 21 Jun, 2021.Pegawai Imigresen menangkap seorang pekerja asing semasa serbuan di hostel pekerja binaan di Bandar Baru Lembah Selatan Dengkil di Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 21 Jun, 2021.Pekerja asing beratur untuk dibawa ke Ibu Pejabat Jabatan Imigresen untuk siasatan lanjut setelah serbuan di hostel pekerja binaan di Bandar Baru Lembah Selatan Dengkil di Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 21 Jun, 2021.Jabatan Imigresen menahan 309 pendatang asing tanpa izin semasa operasi bersepadu yang dijalankan berhampiran tapak pembinaan di Dengkil, Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 21 Jun, 2021.
Komen