Aidilfitri 2021 disambut dalam suasana pandemik dan konflik


UMAT Islam di seluruh dunia menyambut Aidilfitri yang suram ketika konflik antara Israel dan Palestin semakin memuncak, perayaan kali kedua dalam bayangan wabak koronavirus.

Secara tradisinya, pengakhiran Ramadan disambut dengan solat masjid, jamuan makan bersama keluarga dan membeli pakaian baharu, hadiah dan manisan.

Bagaimanapun, ia semua terpaksa dilupakan, yang sudah sedia suram kerana pandemik, kini ditambah pula dengan konflik membawa maut antara Israel dan Palestin, dengan kebimbangan situasi semakin buruk. – 15 Mei, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen