AKHIRNYA, Ahad lalu Pakatan Harapan (PH) mengumumkan permuafakatan yang berjaya dicapai sebulat suara dalam agihan kerusi untuk ditandingi semua parti dalam gabungan pembangkang itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Agihan itu berjaya dimuktamadkan selepas Amanah berlapang dada dan sedia berkorban, sehinggakan Pengerusi PH Dr Mahathir Mohamad berkata: “Akhirnya yang menjayakan agihan kerusi di kalangan empat parti ini ialah Amanah. Sesuatu yang jarang dicapai mana-mana parti.”
Dalam Konvensyen PH di Shah Alam itu, melalui dokumen Muafakat PH, setiausahanya Saifuddin Abdullah mengumumkan pembahagian 165 kerusi Parlimen di Semenanjung Malaysia yang dipersetujui bersama oleh empat parti dalam PH.
Ia memutuskan Bersatu akan bertanding di 52 kerusi Parlimen di Semenanjung Malaysia diikuti PKR 51, DAP 35 dan Amanah 27 kerusi.
PRU14 perlu diadakan selewat-lewatnya Ogos tahun ini.
Muat turun senarai penuh agihan kerusi Pakatan Harapan Semenanjung Malaysia di sini. – 9 Januari, 2018.
Komen