India catat lebih 4,000 kematian Covid-19 dalam sehari 


BUAT pertama kalinya India merekodkan lebih 4,000 kes kematian akibat Covid-19 dalam sehari dan lebih banyak negeri dikenakan sekatan pergerakan pada Sabtu dalam usaha untuk mengekang penularan baharu.

4,187 kes kematian di India menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian kepada 238,270 sejak pandemik bermula. 401,078 kes baharu turut direkodkan dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan kes hampir 21.9 juta—yang kedua tertinggi selepas Amerika Syarikat.

Pakar yang masih ragu mengenai jumlah kematian rasmi berkata gelombang baharu itu mungkin tidak akan mencapai puncaknya hingga akhir Mei dan terdapat banyak gesaan untuk memperketatkan lagi sekatan pergerakan di seluruh negara berkenaan. – 9 Mei, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen