HAMPIR dua minggu memasuki Ramadan dan banyak kawasan sudah mula dibuka kepada orang ramai.
Ia sangat berbeza dengan Ramadan tahun lepas.
Tahun lepas, seluruh Malaysia berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan semua orang terpaksa tinggal di dalam rumah dan hanya kedai-kedai penting yang dibuka.
Masjid untuk solat berjemaah serta tarawih di malam hari juga ditutup dan ini adalah pertama kalinya dalam sejarah di mana rakyat tidak dapat berjemaah pada bulan suci yang istimewa.
Bagaimanapun tahun ini Ramadan bermula ketika beberapa sekatan sudah mula dibuka semula..
Ini salah satu undang-undang yang paling penting dilonggarkan kerana pada bulan Ramadan, keluarga dan rakan-rakan beragama Islam akan saling berbuka puasa bersama. – 25 April, 2021
Umat Islam memasuki Masjid Wilayah di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 25 April, 2021.Sebuah keluarga sedang berbuka puasa di Dataran Merdeka di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 25 April, 2021.Suasana di bazar Lorong Tunku Abdul Rahman Raya di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 25 April, 2021.Seorang bapa menolak kereta sorong anaknya ketika mereka membeli-belah sempena Hari Raya di Lorong Tunku Abdul Rahman di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 25 April, 2021.Pengunjung memilih selendang yang digantung di sebuah kedai di Lorong Tunku Abdul Rahman di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 25 April, 2021.Orang ramai berpusu-pusu ke bazar Tunku Abdul Rahman di Kuala Lumpur walaupun terdapat lebih 2,000 kes baharu harian Covid-19 yang direkodkan dalam seminggu terakhir. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 25 April, 2021.Orang ramai berpusu-pusu ke bazar Tunku Abdul Rahman di Kuala Lumpur walaupun terdapat lebih 2,000 kes baharu harian Covid-19 yang direkodkan dalam seminggu terakhir. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 25 April, 2021.Orang ramai membeli-belah di bazar Raya yang terletak di Jalan Tunku Abdul Rahman di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 25 April, 2021.Pengunjung berbuka puasa di kaki lima kedai di sepanjang Jalan Tunku Abdul Rahman di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 25 April, 2021.Orang ramai berbuka puasa di pembahagi jalan di Jalan Tunku Abdul Rahman di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 25 April, 2021.
Komen