Kumpulan alam sekitar protes di Tugu Negara


Hasnoor Hussain

TUGU Negara dibina sebagai simbolik mengenang tentera yang gugur ketika memperjuangkan kebebasan Malaysia. Pagi ini sekumpulan aktivis dari gabungan kumpulan masyarakat berbaring di hadapan tugu berkenaan. Demonstrasi berkenaan menunjukkan bahawa jika rakyat gagal melindungi kemerdekaan dan demokrasi yang diperoleh dengan bersungguh-sungguh, mereka tidak akan bertahan dari krisis iklim.

Kenyataan mereka, “Tidak ada #ClimateJustice tanpa #FreedomOfSpeech” dibaca semasa perhimpunan yang dihadiri seramai 12 orang tanpa kehadiran pihak berkuasa. Tunjuk perasaan yang diketuai oleh Klima Action Malaysia adalah sebahagian daripada Global Climate Strike.

Dalam bahagian dari kenyataan berkenaan, mereka menyebut kerajaan pada saat krisis iklam yang mendesak ketika ini, hak-hak alam sekitar tidak dapat dipisahkan dari hak-hak rakyat. Hak persekitaran merangkumi keperluan melindungi sumber semula jadi seperti hutan, laut, sungai dan kualiti udara; keperluan untuk memasukkan pemeliharaan biodiversiti dalam semua rancangan pembangunan; keperluan untuk mengembangkan strategi mitigasi iklim dan hak untuk menuntut menghentikan pembangunan yang merosakkan alam sekitar yang membunuh tanaman, haiwan serta menghakis hak tanah serta budaya Orang Asli. – 19 Mac, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen