MYANMAR menyaksikan protes rampasan kuasa terbesarnya semalam, dengan para penunjuk perasaan muda memenuhi jalanan untuk mengecam rejim ketenteraan baru negara itu, walaupun sekatan Internet di seluruh negara dibuat bagi menghalang bantahan yang semakin meningkat.
Tidak lama sebelum hampir semua saluran komunikasi di dalam dan luar negara terputus, seorang penasihat Australia kepada pemimpin awam yang digulingkan Aung San Suu Kyi memberitahu media beliau ditahan.
Sekatan tidak menghentikan ribuan penunjuk perasaan dari seluruh bandar terbesar di Myanmar itu untuk berkumpul semalam, bermula di jalan berhampiran Universiti Yangon dengan ramai yang memberi salam tiga jari yang melambangkan penentangan terhadap pengambilalihan tentera.
Orang ramai yang kebanyakannya mengikat kepala dengan tali merah - warna yang dikaitkan dengan parti Liga Nasional Demokrasi pimpinan Suu Kyi - melaungkan gesaan agar rampasan kuasa ditamatkan. – 7 Februari, 2021.
Polis antirusuhan dilihat memegang jambangan bunga yang diberikan oleh penunjuk perasaan yang mengambil bahagian dalam demonstrasi menentang rampasan kuasa tentera di Yangon, Myanmar. – Gambar AFP, 7 Februari 2021.Seorang penunjuk perasaan menunjukkan simbol tiga jari ketika polis yang menyekat jalan semasa demonstrasi menentang rampasan kuasa tentera di Yangon, Myanmar. – Gambar AFP, 7 Februari 2021.Seorang pengajar Universiti Dagon memakai reben merah semasa kempen menentang rampasan kuasa tentera di Yangon, Myanmar. Guru dan pelajar menyertai mogok sebagai sebahagian daripada kempen yang dimulakan oleh petugas perubatan. – Gambar EPA, 7 Februari 2021.Penunjuk perasaan menunjukkan simbol tiga jari semasa demonstrasi menentang rampasan kuasa tentera di Yangon, Myanmar. – Gambar AFP, 7 Februari 2021.Penunjuk perasaan menyekat kenderaan polis ketika demonstrasi menentang rampasan kuasa tentera di Yangon, Myanmar. – Gambar AFP, 7 Februari 2021.Seorang penunjuk perasaan memegang gambar ketua tentera Myanmar Jeneral Min Aung Hlaing semasa demonstrasi menentang rampasan kuasa tentera di Yangon, Myanmar. – Gambar AFP, 7 Februari 2021.Orang awam turut mengambil bahagian dalam kempen bising di jalanan selepas panggilan tunjuk perasaan terhadap rampasan tentera muncul di media sosial, di Yangon, Myanmar. – Gambar AFP, 7 Februari 2021.Orang awam turut mengambil bahagian dalam kempen bising di jalanan selepas panggilan tunjuk perasaan terhadap rampasan tentera muncul di media sosial, di Yangon, Myanmar. – Gambar AFP, 7 Februari 2021.Guru dan pelajar Myanmar Mercantile Marine College menunjukkan simbol tiga jari dan menyanyikan lagu ketika melakukan protes rampasan kuasa tentera di Yangon, Myanmar. –Gambar EPA, 7 Februari 2021.Polis antirusuhan menyekat jalan di Yangon, Myanmar. Ribuan orang mengambil bahagian dalam tunjuk perasaan menentang rampasan kuasa tentera di Yangon. Ia demonstrasi jalanan terbesar sejak tentera Myanmar merampas kuasa dan mengisytiharkan darurat selama setahun. – Gambar EPA, 7 Februari 2021.
Komen