Pedati Thaipusam berarak tenang ke Batu Caves


Hasnoor Hussain Seth Akmal

BUAT pertama kali sejak tahun 1983, pedati perak Dewa Murugan diarak dari kuil Sri Mahariaman, Kuala Lumpur menuju kuil Sri Subramaniyar di Batu Caves, dengan hanya diikuti oleh 10 orang sahaja diambang Thaipusam berikutan perintah kawalan pergerakan (PKP) dilaksanakan bagi membendung penularan Covid-19.

Kebiasaannya, lebih 10,000 penganut Hindu akan mengiringi perarakan pedati terkenal itu..

Disebabkan jumlah penganut yang besar dan banyak hentian ketika berarak, pedati itu selalunya mengambil masa sehingga 16 jam untuk sampai ke destinasi.

Namun tahun ini perarakan berjalan lebih cepat kerana tidak ada hentian dibuat dan orang ramai tidak dibenarkan kerumun.

Pedati perak yang membawa patung Dewa Murugan dan dua isterinya, Dewi Valli dan Devi Theivanai berangkat selepas upacara sembahyang.

Thaipusam merupakan perayaan yang disambut penganut Hindu di seluruh dunia pada bulan ‘Thai’, iaitu bulan ke-10 dalam kalendar Tamil bagi memperingati peristiwa Dewa Murugan menerima lembing suci daripada ibunya Dewi Parvati bagi menghapuskan kuasa jahat, Soorapadman, dan mengembalikan kemakmuran serta kesejahteraan manusia. – 27 Januari, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen