Selamat datang ke era Biden


JOE Biden mengangkat sumpah sebagai presiden Amerika Syarikat (AS) ke-46 semalam dengan seruan optimis mengajak kepada perpaduan, berikrar untuk merapatkan kepada perpecahan dan menamatkan ektremisme dalam negara, dua minggu selepas insiden rusuhan membantah kemenangannya dalam pilihan raya presiden.

Di tempat yang sama rusuhan berlaku iaitu di bangunan Capitol, Biden mengangkat sumpah jawatannya semalam, beberapa minit selepas Kamala Harris mencipta sejarah menjadi wanita pertama dipilih sebagai naib presiden AS.

Acara itu menutup buku pentadbiran Donald Trump selama empat tahun.

“Demokrasi itu berharga, demokrasi itu rapuh dan ini waktunya teman-teman, demokrasi dipertahankan dan ditegakkan,” kata Biden di depan National Mall yang lengang, susulan kawalan amat ketat dikenakan dan faktor pandemik Covid-19. – 21 Januari, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen