Temerloh berubah menjadi 'pulau'


Hasnoor Hussain

TEMERLOH bertukar menjadi “pulau” selepas hampir semua jalan utama menuju ke daerah di Pahang ditenggelami banjir.

Jalan sejauh 5km dari Temerloh-Mentakab menuju Temerloh masih dibanjiri air banjir separas pinggang pada Selasa, menyebabkan akses ke beberapa kampung dan kawasan perumahan di sepanjang jalan terputus hubungan.

Antara kampung terbabit adalah Kampung Paya Kecil, Kampung Carak Paya Dalam, Kampung Temerloh Batu Satu, Taman Temerloh Jaya, dan kawasan perumahan di sekitar bandar. – 9 Januari, 2021.
 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen