Penunjuk perasaan kuasai Capitol AS
Dikemas kini 3 tahun yang lalu ·
Diterbitkan pada 7 Jan 2021 1:17PM ·
PENYOKONG Presiden AS Donald Trump menyerbu sesi Kongres semalam ketika proses pengesahan kemenangan pilihan raya Joe Biden, mencetuskan kekacauan dan keganasan yang belum pernah terjadi sebelum ini.
Pasukan keselamatan melepaskan gas pemedih mata dalam operasi empat jam untuk mengosongkan Capitol dan polis berkata sekurang-kurangnya seorang ditembak dan terbunuh, dilaporkan seorang wanita daripada parti Trump dari California.
Seorang penyokong Trump bersilang kaki di meja Speaker Dewan Nancy Pelosi bersama nota ancaman, ketika sekumpulan individu memanjat tetingkat yang disiapkan untuk perasmian Biden pada 20 Januari, memegang sepanduk yang tertulis: ‘Kami rakyat akan pastikan DC tunduk/ Kami ada kuasa”. – 7 Januari, 2021.
Penyokong Donald Trump menyerbu Capitol AS susulan tunjuk perasaan dengan presiden di Washington. Para penyokong berkumpul di ibu negara untuk memprotes pengesahan kemenangan presiden terpilih Joe Biden dalam pilihan raya 2020. – Gambar AFP, 7 Januari, 2021.
Seorang penyokong Presiden AS Donald Trump duduk di meja speaker Dewan AS Nancy Pelosi selepas penyokong menyerbu kawalan keselamatan Capitol AS di Washington semalam. Mereka memprotes pengesahan kemenangan Joe Biden dalam pilihan raya 2020. – Gambar EPA, 7 Januari, 2021.
Penyokong Donald Trump menyerbu Capitol AS susulan tunjuk perasaan di Washington. Mereka berkumpul di ibu negara untuk memprotes pengesahan kemenangan presiden terpilih Joe Biden dalam pilihan raya 2020. – Gambar AFP, 7 Januari, 2021.
Penyokong Donald Trump menyerbu Capitol AS susulan tunjuk perasaan di Washington. Mereka berkumpul di ibu negara untuk memprotes pengesahan kemenangan presiden terpilih Joe Biden dalam pilihan raya 2020. – Gambar EPA, 7 Januari, 2021.
Polis menahan seorang penyokong Presiden AS Donald Trump yang memprotes di luar Capitol AS semalam. – Gambar AFP, 7 Januari, 2021.
Polis rusuhan bersiap untuk menghalau penunjuk perasaan dari Capitol AS di Washington. Penyokong Donald Trump menyerbu sesi Kongres semalam ketika proses pengesahan kemenangan pilihan raya Joe Biden, mencetuskan kekacauan dan keganasan yang belum pernah terjadi sebelum ini. – Gambar AFP, 7 Januari, 2021.
Penyokong Donald Trump memanjat Monumen Keamanan di depan Capitol AS di Washington. – Gambar AFP, 7 Januari, 2021.
Penyokong Presiden AS Donald Trump dan dakwaan tidak berasasnya mengenai penipuan pilihan raya merempuh kawalan keselamatan Capitol dan memanjat tangga untuk memprotes Kongres yang mengesahkan Joe Biden sebagai presiden berikutnya di Washington. – Gambar EPA, 7 Januari, 2021.
Penyokong Presiden AS Donald Trump di luar Dewan Senat selepas merempuh kawalan keselamatan Capitol di Washington. Penunjuk perasaan memasuki Capitol ketika proses pengesahan kemenangan Joe Biden di Kongres. – Gambar EPA, 7 Januari, 2021.
Penyokong Presiden AS Donald Trump di Capitol Rotunda selepas merempuh sekatan keselamatan di Washington. – Gambar EPA, 7 Januari, 2021.
Daftar atau log masuk di sini untuk komen.
Komen