Sambutan Tahun Baru 2021 di tengah pandemik
Dikemas kini 3 tahun yang lalu ·
Diterbitkan pada 1 Jan 2021 9:26AM ·
KETIBAAN 2021 tidak disambut seperti tahun-tahun sebelum ini berikutan pandemik Covid-19 melanda seluruh dunia, yang membataskan perhimpunan bagi mengelakkan jangkitan.
Covid-19 yang dikesan di China pada Disember 2019 sehingga kini telah menjangkiti 82 juta manusia dan meragut lebih 1.7 juta nyawa.
Tahun 2020 pastinya tahun yang tidak mungkin dapat dilupakan akibat Covid-19 yang kini telah merubah cara hidup kita semua. – 1 Januari, 2021.
Percikan bunga api menerangi bangunan tertinggi di dunia, Burj Khalifa, semasa sambutan Tahun Baru di Dubai, Emiriah Arab Bersatu, semalam. – Gambar EPA, 1 Januari, 2021.
Seorang penjaja duduk menunggu pelanggan di hadapan Masjid Biru di Istanbul, Turki pada malam tahun baru 2021. Kerajaan Turki melaksanakan perintah berkurung bermula 31 Disember hingga 4 Januari. – Gambar AFP, 1 Januari, 2021.
Percikan bunga api sempena Tahun Baru di Sydney Harbour dan Sydney Opera House di Australia semalam. Penduduk Sydney dinasihatkan supaya menyaksikan persembahan bunga api menerusi televisyen. – Gambar EPA, 1 Januari, 2021.
Piazza di Spagna di Rome, Itali sunyi sepi pada malam Tahun Baru semalam. – Gambar AFP, 1 Januari, 2021.
Percikan bunga api menerangi Acropolis di Athens, Greece, semalam sempena Tahun Baru. – Gambar AFP, 1 Januari, 2021.
Acara mengira detik tahun baru 2021 tanpa penonton di Johan Cruijff ArenA di Amsterdam, Belanda semalam. – Gambar EPA, 1 Januari, 2021.
Orang ramai merakam foto di dermaga ikonik The Bund di Shanghai, China sempena sambutan Tahun Baru semalam. – Gambar EPA, 1 Januari, 2021.
Bangunan Kremlin dan Red Square di Moscow, Rusia disimbahi cahaya bunga api pada malam Tahun Baru. – Gambar EPA, 1 Januari, 2021.
Anggota polis berlatarbelakangkan struktur ikonik London Eye di London, Britain pada malam Tahun Baru. – Gambar EPA, 1 Januari, 2021.
Orang ramai menyalakan lilin sempena memperingati mangsa korban pandemik Covid-19 di Johannesburg, Afrika Selatan pada malam Tahun Baru. – Gambar EPA, 1 Januari, 2021.
Daftar atau log masuk di sini untuk komen.
Komen