BILIK sempit dan disifatkan oleh Menteri Sumber Manusia M Saravanan umpama kandang kerbau, kotor dan busuk. Itu merupakan situasi sebenar asrama pekerja warga asing. Menteri berkenaan terkejut selepas memeriksa keadaan tempat tinggal pekerja asing di kilang pemprosesan sarung tangan di Batu 13 Cheras, Kajang.
Serbuan dijalankan oleh 60 anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia, polis, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan Kementerian Kesihatan.
Pekerja terpaksa berhimpit dalam ruang sempit kontena setinggi 1.5 meter yang dijadikan tempat tinggal.
Kontena terbabit sepatutnya memuatkan hanya 100 orang namun ia digunakan untuk menempatkan 751 pekerja asing.
Ketika pandemik, industri sarung tangan menikmati keuntungan besar. Malangnya, keuntungan itu langsung tidak dapat dinikmati bersama oleh pekerja yang menjadi tulang belakang syarikat.– 22 Disember, 2020.
Sekumpulan pekerja menunggu giliran untuk mandi di sebuah asrama pekerja di Kajang, Selangor.– Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 22 Disember, 2020.Seorang pekerja warga asing naik ke bilik asramanya selepas selesai mandi di asrama pekerja kilang sarung tangan di Kajang, Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 22 Disember, 2020.Pekerja warga asing berehat dan tidur di ruang bilik yang sempit di asrama pekerja yang disediakan oleh syarikat pembuat sarung tangan di Batu 13 Cheras di Kajang, Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 22 Disember, 2020.Kantin di asrama pekerja kilang sarung tangan di Kajang, Selangor.– Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 22 Disember, 2020. Pekerja memasukkan sarung tangan ke dalam kotak di sebuah kilang sarung tangan di Kajang, Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 22 Disember, 2020.Pekerja memeriksa sarung tangan di sebuah kilang di Kajang, Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 22 Disember, 2020.Seorang pekerja memeriksa sarng tangan di sebuah kilang di Kajang, Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 22 Disember, 2020.Pekerja mengeringkan sarung tangan menggunakan mesin pengering di sebuah kilang di Kajang, Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 22 Disember, 2020.Pekerja asing naik ke bilik asrama selepas selesai mandi di sebuah kilang sarung tangan di Kajang, Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 22 Disember, 2020.Pekerja asing tanpa dokumen perjalanan yang sah diiringi anggota Jabatan Tenaga Kerja di sebuah asrama pekerja kilang sarung tangan di Batu 13 Cheras, Kajang, Selangor.– Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 22 Disember, 2020.Seorang pekerja warga asing berehat di sebuah bilik asrama yang sempit yang disediakan kilang sarung tangan di Kajang, Selangor.– Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 22 Disember, 2020. Seorang pekerja asing turun dari asrama pekerja yang disediakan oleh sebuah kilang sarung tangan di Kajang, Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 22 Disember, 2020.Anggota Angkatan Pertahanan Awam memeriksa setiap bilik asrama pekerja bagi mencari warga asing tanpa dokumen perjalanan yang sah.– Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 22 Disember, 2020.Pekerja asing diperiksa oleh pegawai Jabatan Tenaga Kerja di sebuah asrama pekerja kilang sarung tangan di Kajang, Selangor.– Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 22 Disember, 2020.
Komen