Covid-19, politik tentukan 2020


INI mungkin bukan tahun yang ingin kita kenang, tetapi 2020 sudah tentu tidak akan mungkin dapat dilupakan.

Semuanya kerana pandemik koronavirus, yang mengorbankan sebegitu banyak nyawa, merudumkan ekonomi di seluruh dunia dan memaksa kita mengubah cara hidup.

Pergolakan politik membawa kembali elemen rejim lama kepada kerajaan baharu yang rapuh, di mana rakyat rasa tidak puas hati, tambahan lagi dengan keadaan ekonomi yang lemah akibat pandemik.

Sepuluh bulan berlalu sejak pembentukan kerajaan baharu. Sedihnya, masih tidak jelas penyelesaian yang ada untuk meredakan kemelut politik Malaysia. Pertelingkahan yang berterusan hanya mengecewakan rakyat dan oleh itu pemimpin perlu menyelesaikan masalah ketetapan keputusan mereka.

Rakyat juga sudah lelah, bosan dan jemu dengan konflik yang pelbagai khususnya daripada ahli politik Melayu.

Ini adalah tahun yang kecoh dan tragik, tetapi malangnya ia belum berakhir.

Tetapi di sebalik semua kegusaran dan kesedihan itu, kita juga dapat melihat sedikit sinar harapan dan ketahanan terutama menerusi pekerja barisan hadapan dan mereka yang berhempas pulas, berhabis melakukan pelbagai cara untuk membantu golongan memerlukan. – 15 Disember, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen