Tahun baru akan membuka tirai tidak lama lagi, kini tiba masanya untuk mengimbas kembali acara dan imej 2017 dari seluruh dunia. – 23 Disember, 2017.
Ribuan pelarian etnik Rohingya memasuki Bangladesh dari Budichong menerusi sempadan Balukhali di Cox's Bazar Bangladesh selepas menyeberangi Sungai Naf. Menurut UNHCR, lebih 525,000 pelarian Rohingya melarikan diri daripada kekejaman tentera di Myanmar. – Gambar EPA.Seorang penunjuk perasaan disambar api dalam keganasan protes terhadap Presiden Venezuela Nicolas Maduro di Caracas pada 3 Mei 2017. Pembangkang Venezuela marah dan mendakwa Maduro cubaa mengubah perlembagaan dan menipu dalam pilihan raya negara itu. – Gambar AFP, 23 Disember 2017. Tirtha Maya Rai yang berumur 100 tahun ketawa ketika berjalan-jalan di satu-satunya rumah jagaan orang tua, Pashupati Briddashram di Kathmandu, Nepal, 20 Februari 2017. Menjelang 2050, jumlah rakyaat berusia 65 ke atas akan meningkat 35 kali ganda menjadikan populasi tua sebagai satu isu global. – Gambar EPA.Warga Palestin menyelamatkan diri daripada letupan dalam serangan udara Israel di utara Jalur Gaza pada 6 Februari 2017.Israel bertindak menyerang beberapa kedudukan Hamas di Gaza selepas beberapa peluru ditembak dari penempatan Palestin terjatuh di kawasan sempadan, kata tentera Israel. – Gambar AFP.Seorang lelaki Syria menyiram tanaman di atas bumbung sebuah bangunan yang rosak di kawasan yang dikawal pemberontak di Gharbin, timur wilayah Ghouta di pinggi Damsyik pada 3 Mac 2017.– Gambar AFP. Mohammed Mohiedin Anis atau Abu Omar, 70 menghisap paip sambil mendengar muzik di gramofon di kediamannya yang musnah di Aleppo, Syria.– Gambar AFP.Seekor badak sumbu yang dipindahkan menyerang pasukan teknikal dan perhutanan Nepal selepas dilepaskan sebagai salah satu usaha projek pemindahan di Taman Negara Shuklaphanta, 510 kilometer dari Kathmandu pada 4 April, 2017. Ahli konservasi pada 3 April menangkap seekor badak sumbu tanduk satu di Nepal sebagai usaha untuk meningkatkan jumlah haiwwan terancam itu. – Gambar AFP. Anggota polis membuat sekatan ketika kebakaran besar berlaku di Menara Grenfell pada 14 Jun, 2017 di barat London. Kebarakan besar itu memusnahkan apartmen 27 tingkat dalam kejadian yang berlaku pada awal pagi Rabu itu. Lebih 200 anggota bomba dikejarkan ke lokasi kejadian. – Gambar AFP.Pegawai polis anti rusuhan CRS Perancis disambar api ketika berdepan penunjuk perasaan dalam protes tahunan pekerja May Day di Paris pada 1 Mei. – Gambar AFP. Mayat pelarian Rohingya yang ditemui di pantai Inani berhampiran Cox Bazar pada 28 September, 2017. Sekurang-kurangnya 10 kanak-kanak dan emoat wanita terbunuh apabila bot yang dinaiki mereka ketika melarikan diri daripada keganasan di Myanmar terbalik di perairan Bangladesh. – Gambar AFP. Anggota pengawal pantai Libya berdiri di dalam bot ketika menyelamatkan 147 pendatang haram yang cuba memasuki Eropah di perairan bandar Zawiyah, 45 kilometer dari Tripoli pada 27 Jun, 2017. Lebih 8,000 pelarian diselamatkan di perairan Libya, kata pengawal pantai Itali. – Gambar AFP. Seorang wanita menangis melihat kediamannya di Raqa yang musnah dalam serangan kumpulan IS di utara bandar Syria pada 20 Oktober, 2017. – Gambar AFP. Orang ramai melepaskan tanglung pada festival Yee Peng yang juga dikenali sebagai festival cahaya di Chiang Mai pada 3 November, 2017. Acara ini merupakan salah satu perayaan cahaya di Utara Thailand sebagai penghormatan kepada Buddha. – Gambar AFP. Lelaki Bulgaria terjun ke dalam tasik yang beku untuk mencari salib kayu pada perayaam hari Epiphany di Sofia, Bulgaria pada 6 Januari, 2017. Perenang itu bertanding untuk mencari salib kayu yang dicampakkan oleh pendita Ortodok Timur ke dalam tasik berkenaan. – Gambar EPA.Pemandangan bulan ketika gerhana bulan penumbra ketika burung berterbangan di langit di pulau Petatan, Cojumatan di negeri Michoacan, Mexico pada 10 Februari, 2017. Fenomena gerhana bulan penumbra itu berlaku apabila bumi berada hampir sejajar dengan matahari dan bulan. – Gambar EPA. Kanak-kanak India mandi bersama-sama kerbau pada waktu tengahari yang terik di Sungai Tawi di pinggir Jammu, di Kashmir, India pada 27 April, 2017. India berdepan dengan cuaca panas sehingga mencecah suhu 40 darjah selsius. – Gambar EPA. Alga hijau terdampar di pantai Kuwait City, Kuwait pada 28 Februari, 2017. Pembentukan alga hijau itu merupakan fenomena biasa yang berlaku setiap tahun di pantai Kuwait. – Gambar EPA.Polis dan penunjuka perasaan bertembung pada perhimpunan pembangkang di Caracas, Venezuela 26 April, 2017. Ribuan warga Venezuela turun ke jalan raya untuk membantah kerajaan Presiden Nicolas Maduro. – Gambar EPA. Sekumpulan sami Nepal dan Thailand menghadiri upacara sembahyang petang di kuil Mayadevi, sempena kelahiran Buddha di Lumbini, Nepal pada 9 Mei, 2017. Ribuan sami dari seluruh dunia tiba Lumbini untuk menyambut kelahiran Buddha yang ke 2,561 tahun. – Gambar EPA. Rakyat China menikmati keindahan bunga ceri di Taman Yuyuantan, Beijing, China pada 27 Mac, 2017. Taman Yuyuantan merupakan lokasi popular bagi pelancong dan warga tempatan di Beijing. Ia menempatkan 199,500 pokok termasuk 2,000 pokok ceri dari lebih 20 spesis.– Gambar EPA. Seorang warga Palestin menggunakan lastik untuk melontar batu ke arah tentera Israel ketika pertempuran berikutan protes sempena ulang tahun ke 69 Nakba, di bandar Ramallah di Tebing Barat 15 Mei, 2017. Menurut laporan perubatan 23 tercedera dalam pertempuran itu. – Gambar EPA. Orang awam berjalan melintasi timbunan bunga sebagai penghormatan terakhir kepada mangsa serangan London Bridge di London Bridge, London, Britain 6 Jun, 2017.– Gambar EPA.Sekumpulan pengunjung berjalan merentasi jambatan Europabruecke, jambatan gantung pejalan kaki tertinggi di dunia sepanjang 494 meter di Randa Switzerland 29 Julai, 2017. Jambatan berkenaan terletak di Europaweg yang menghubungkan perkampungan Zermatt dan Graechen. – Gambar EPA. Duaa lelaki mengalihkan runtuhan kediaman mereka selepas serangan udara di Damsyik Syria pada 25 Julai, 2017. Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh dan lebih 50 orang cedera dalam serangan udara di bandar yang dikuasai pemberontak. – Gambar EPA.Sebuah bot belayar di bawah kabus di jambatan Golden Gate berlatarbelakangkan Menara Selatan di California Amerika Syarikat, 1 Ogos 2017.– Gambar EPA. Pekerja penyelamat Jepun menjalankan misi mencari dan menyelamat dalam kejadian banjir lumur dan tanah runtuh di Fukuoka, Jepun pada 8 Julai, 2017. 12,000 anggota penyelamat dikerahkan ke kawasan terjejas akibat bencana itu.– Gambar EPA.Anggota penyelamat menjalankan misi mecari dan menyelamat mangsa dalam runtuhan bangunan selepas gempa bumi berukuran 7.1 magnitud melanda Mexico City, 19 September 2017. Sekurang-kurangnya 224 orang terbunuh dalam kejadian bencana itu. – Gambar EPA. Doktor menjalankan pemeriksaan ke atas bayi berusia 10 hari di kem pelarian Rohingya di Cox Bazar, Bangladesh pada 5 Oktober, 2017. Lebih 525,000 melarikan diri daripada kekejaman di Myanmar ke Bangladesh.– Gambar EPA.Mangsa gempa bumi Iran berkumpul di sekeliling unggun api untuk memanaskan badan di Pole-Zahad di wilayah Kermanshah, Iran, 13 November, 2017. Menurut laporan media, gempa berukuran 7.2 magnitud melanda kawasan di sepanjang sempadan Iran-Iraq pada 12 November. – Gambar EPA. Polis Israel menembak meriam air ke arah penunjuk perasaan Yahudi Ultra-Ortodok yang membantah rekrut tentera di Baitumaqdis pada 12 September, 2017. Mahkamah Agung menolak usul kerajaan untuk pengecualian khidmat Haredi dari tentera Israel. – Gambar EPA. Dua kereta api penumpang bertembung di Alexandria, Mesir, 11 Ogos, 2017. Laporan menyebut sekurang-kurangnya 39 orang terbunuh dan ramai yang cedera dalam tragedi itu. – Gambar EPA. Polis anti rusuhan Sepanyol membentuk benteng bagi menghalang penunjuk perasaan di sekolah Ramon Llull di Barcelona, Catalonia, 1 Oktober, 2017. Anggota polis dan pasukan keselamatan dikerahkan ke beberapa pusat undian di Barcelona bagi menghalang mereka memasuki dan mengundi dalam referendum kemerdekaan Catalan. – Gambar EPA. Petugas kecemasan dan anggota penyelamat menjalankan misi mencari dan menyelamat mangsa dalam runtuhan bangunan akibat gempa bumi pada 20 September, 2017. Gempa berukuran 7.2 mangnitud melanda Mexico City, Mexico menyebabkan 225 nyawa terkorban. – Gambar EPA.Murid sekolah rendah Maligcong, Filipina memanjat pokok untuk melihat sawah padi bukit di wilayah pergunungan utara Filipina, 27 November, 2017. – Gambar EPASeorang lelaki cuba melindungi seorang wanita dalam insiden tembakan di festival muzik country Route 91 selepas berlaku tembakan pada 1 Oktober, 2017, di Las Vegas, Nevada. Seorang lelaki bertindak melepaskan tembakan rambang menyebabkan dua orang terbunuh. – Gambar AFP.
Komen