PKPD di asrama pekerja Top Glove di Klang
Hasnoor Hussain ,
Nazir Sufari
Dikemas kini 3 tahun yang lalu ·
Diterbitkan pada 17 Nov 2020 3:00PM ·
MAJLIS Keselamatan Negara memutuskan untuk meletakkan asrama pekerja Top Glove di Klang di bawah perintah berkurung berkuat kuasa hari ini sehingga 30 November.
MKN telah menyarankan Perintah Kawalan Pergerakan Dipertingkatkan (PKPD) dikenakan sehingga Kementerian Kesihatan dapat memeriksa pekerja dan penduduk di daerah berkenaan.
Sehingga semalam terdapat 215 kes Covid-19 yang direkodkan di kawasan berkenaan.
PKPD melibatkan kawasan asrama pekerja lelaki dan Jalan Abadi 1A/KU8.
Turut terjejas ialah kawasan asrama pekerja wanita, Jalan Abadi 10A/KU8. – 17 November, 2020.
Pekerja pengeluar sarung tangan getah nombor satu dunia, Top Glove menunggu giliran untuk pemeriksaan kesihatan di asrama mereka di Meru, Selangor. Kawasan itu diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Dipertingkatkan (PKPD) setelah lebih 200 kes Covid-19 dikesan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 17 November, 2020.
Pekerja pengeluar sarung tangan getah nombor satu dunia, Top Glove mengemas asrama mereka di Meru, Klang, Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 17 November, 2020.
Pekerja pengeluar sarung tangan getah nombor satu dunia, Top Glove dilihat menerusi pagar kawat berduri di asrama mereka di Meru, Klang, Selangor. - Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 17 November, 2020.
Seorang pekerja Top Glove menjalani proses pembasmian kuman semasa memasuki dewan untuk pemeriksaan kesihatan di asrama mereka di Meru, Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 17 November, 2020.
Anggota tentera menaiki trak sebelum menuju ke asrama pekerja Top Glove yang lain di Meru, Selangor. - Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 17 November, 2020.
Anggota tentera dilihat di pekarangan asrama pekerja Top Glove di Meru, Selangor. - Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 17 November, 2020.
Pasukan tentera membawa keluar kawat berduri sebelum mengepung kawasan perumahan Taman Daya Maju di Meru, Selangor dan sekitarnya. - Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 17 November, 2020.
Seorang tentera membawa kawat berduri untuk mengepung kawasan perumahan di Meru, Selangor. Kawasan ini diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Dipertingkatkan (PKPD) setelah lebih 200 kes Covid-19 dikesan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 17 November, 2020.
Anggota tentera memasang kawat berduri di pusat asrama pekerja Top Glove di Meru, Selangor. - Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 17 November, 2020.
Anggota tentera memasang pagar kawat berduri berduri di kawasan perumahan di Meru, Selangor. - Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 17 November, 2020.
Pekerja pengeluar sarung tangan getah nombor satu dunia, Top Glove mengemas asrama mereka di Meru, Klang, Selangor. - Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 17 November, 2020.
Pekerja pengeluar sarung tangan getah nombor satu dunia, Top Glove di asrama mereka di Meru, Klang, Selangor. - Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 17 November, 2020.
Daftar atau log masuk di sini untuk komen.
Komen