Wira Semporna yang tak didendang


Irwan Majid

IDEA mewujudkan Semporna Herotercetus apabila sekumpulan penyelam profesional mendapat idea untuk membantu rakyat, terutama mereka yang tinggal di pulau-pulau, semasa pandemik.

Sebilangan besar sukarelawan adalah mereka yang hilang pekerjaan semasa wabak Covid-19.

Mereka dibiayai oleh sumbangan daripada orang ramai dan pelbagai organisasi, termasuk syarikat di sektor swasta.

Kebiasannya, hari sukarelawan bermula pada pukul 6 pagi dengan melakukan bancian penduduk. 

Pada sebelah petang, mereka akan mengisi makanan dan barang-barang lain ke dalam bot dan pergi ke pulau, untuk mengedarkan bantuan itu kepada penduduk.

Ketua penyelaras Semporna Hero, Jamilah Ang berkata tujuannya adalah untuk membantu penduduk Semporna yang menghadapi masalah mendapatkan bekalan makanan mereka ketika masa sukar ini. – 6 November, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen