Penduduk bandar pilih pertanian lestari


Seth Akmal

PENDUDUK Bukit Subang memulakan projek komuniti lestari (SC) tidak lama selepas perintah kawalan pergerakan (PKP) dikuatkuasakan pada 18 Mac bagi membendung penularan pandemik Covid-19.

Projek SC itu kini kelihatan lebih relevan susulan lonjakan jangkitan kes baharu harian Covid-19 dan kemuraman ekonomi.

Walaupun tinggal di kawasan bandar, sekumpulan anak muda memulakan kebun hidrofonik berskala kecil dalam tempoh dua minggu di pangsapuri Melor untuk mendidik masyarakat berkenaan komuniti lestari.

Muhammad Asyraf Azizi, 24 berkata projek itu diterima baik oleh penduduk dan beliau berharap ia mencetuskan idea untuk mewujudkan lebih banyak kebun komuniti.

Penduduk di pangsapuri Melati yang berhampiran, membuat kebun fertigasi (pembaja-airan) seluas 0.4 hektar pada 2017, menanam terung, cili merah, kobis dan peria. Kebun itu menerima sumbangan dana daripada Sime Darby Berhad dan Majlis Bandaraya Shah Alam.

Pengerusi persatuan penduduk, Mohd Tarmizi Anuar berkata hasil tanaman itu dijual pada harga 50% lebih murah berbanding harga pasaran dan keuntungan disalurkan kembali ke akaun persatuan penduduk.

Kebun itu tidak menjana keuntungan tetapi ia bagi membantu beban kewangan penduduk, katanya.

Penduduk di Denai Alam pula menggunakan kawasan lapang di masjid berhampiran rumah mereka untuk menanam di kebun organik.

Serangga adalah halangan terbesar bagi kebun organik, maka suri rumah di kawasan itu akan mematau kebun berkenaan dua kali sehari bagi memastikan ia kekal bebas seranggan dan keasidan tanah dalam keadaan terbaik. – 12 Oktober, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen