SELEPAS tujuh bulan ditutup, pihak berkuasa Arab Saudi kembali membuka pintu Masjidil Haram kepada kumpulan jemaah umrah pertama yang lulus saringan ketat kesihatan.
Ribuan jemaah umrah warga Arab Saudi dan asing yang diberikan keizinan mengerjakan ibadah itu memasuki Masjidil Haram di Mekah. Mereka memasuki kawasan ibadah suci itu mengikut kumpulan untuk memenuhi penjarakan fizikal bagi mengerjakan tawaf mengelilingi Kaabah.
Umrah, ibadah yang boleh dilakukan sepanjang masa selalunya menarik jutaan penganut Islam seluruh dunia setiap tahun ke Mekah, tetapi ia terhenti pada Mac apabila pandemik koronavirus melanda dunia. – AFP, 6 Oktober, 2020.
Selepas tujuh bulan pintu Masjidil Haram, Mekah ditutup kerana Covid-19, kumpulan jemaah pertama warga Arab Saudi dan asing yang lulus ujian ketat kesihatan dibenarkan masuk. – Gambar AFP, 6 Oktober, 2020.Jemaah umrah warga Saudi dan asing sedang bertawaf di Masjidil Haram, Mekah. – Gambar AFP, 6 Oktober, 2020.Selepas tujuh bulan pintu Masjidil Haram, Mekah ditutup kerana Covid-19, kumpulan jemaah pertama warga Arab Saudi dan asing yang lulus ujian ketat kesihatan dibenarkan masuk. – Gambar AFP, 6 Oktober, 2020.Jemaah pertama umrah warga Saudi dan asing sedang melakukan saie, syarat wajib umrah di Masjidil Haram, Mekah. – Gambar AFP, 6 Oktober, 2020.Jemaah umrah pertama selepas Masjidil Haram kembali dibuka sedang berehat selepas mengerjakan saie dalam kawasan masjid. – Gambar AFP, 6 Oktober, 2020.Seorang kakitangan masjid sedang menguatkuasa penjarakan fizikal ketika jemaah umrah pertama sedang bertawaf di Masjidil Haram, Mekah. – Gambar AFP, 6 Oktober, 2020.Jemaah umrah pertama, kumpulan terpilih warga Saudi dan asing sedang berdoa di depan Kaabah di Masjidil Haram, Mekah. – Gambar AFP, 6 Oktober, 2020.Pandangan dari langit menunjukkan keadaan Masjidil Haram, Mekah pada hari pertama ibadah umrah kembali dijalankan selepas tujuh bulan pintu kota ibadat itu ditutup kerana pandemik koronavirus. – Gambar AFP, 6 Oktober, 2020.
Komen