KAMPUNG Sembulan Tengah terletak bersebelahan Lebuhraya Pantai dan pernah menjadi tumpuan di kawasan ini, bahkan sebelum era Malaysia.
Dahulunya ia merupakan kampung yang bersih pada 1960-an dan 1970-an dengan pemandangan laut indah tetapi projek penambakan pada 1990-an telah meragut keindahannya.
Kini ia telah menjadi salah satu tempat paling tidak menyenangkan untuk tinggal di Kota Kinabalu. Sebilangan besar penduduk telah berpindah ke kawasan lain, menyewakan rumah mereka kepada orang luar termasuk pendatang tanpa izin asalkan mereka membayar sewa tepat pada waktunya setiap bulan.
Kampung ini diisytiharkan sebagai kawasan hitam di bandar kerana peningkatan jenayah mungkin secara kebetulan dengan peningkatan jumlah pendatang tanpa izin β selalunya dari golongan berpendapatan rendah.
Keadaan hidup yang sukar di negara asal telah mendorong mereka untuk berhijrah ke kawasan yang sedang berdepan pembangunan atau perbandaran.
Dengan gabungan pendapatan rendah dan kenaikan kos sara hidup mereka terpaksa mencari rumah murah termasuk kawasan setinggan. β 20 September, 2020.
Seorang kanak-kanak perempuan tersenyum ketika menggendong adiknya di Kampung Sembulan, Kota Kinabalu, Sabah. - Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 20 September, 2020.Seorang kanak-kanak perempuan berjalan kaki menuju ke sekolah di Kampung Sembulan Tengah, Kota Kinabalu, Sabah. - Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 20 September, 2020.Kanak-kanak melepak di timbunan sampah kayu di Kampung Sembulan Tengah, Kota Kinabalu, Sabah. - Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 20 September, 2020.Seorang lelaki memberi biskut kepada ibunya di Kampung Sembulan Tengah, Kota Kinabalu, Sabah. - Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 20 September, 2020.Penduduk Kampung Sembulan Tengah, Kota Kinabalu, Sabah, memerhatikan kanak-kanak bermain bola sepak di sebuah kawasan terbuka. - Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 20 September, 2020.Kampung ini telah diisytiharkan sebagai kawasan hitam di bandar disebabkan oleh peningkatan jenayah mungkin secara kebetulan dengan meningkatnya jumlah pendatang tanpa izin. - Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 20 September, 2020.Seorang ibu duduk bersama anak-anaknya di luar rumah mereka di Kampung Sembulan Tengah, Kota Kinabalu, Sabah. - Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 20 September, 2020.Penduduk membeli makanan di sebuah kedai di Kampung Sembulan Tengah, Kota Kinabalu, Sabah. - Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 20 September, 2020.Kampung Sembulan Tengah dahulunya merupakan kampung yang bersih pada tahun 1960-an dan 1970-an dengan pemandangan laut yang indah, tetapi projek penambakan pada tahun 1990-an merompak keindahannya. - Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 20 September, 2020.
Komen