Bagaimana suku Jakun mengharungi PKP


Seth Akmal

ORANG Asli suku Jakun yang menetap di Muadzam Shah, Pahang bekerja sebagai penoreh getah atau mengumpulkan kayu untuk menjana pendapatan, sementara anak-anak juga bekerja di ladang tembikai berdekatan.

Namun, mereka berdepan kesukaran untuk terus bekerja susulan perintah kawalan pergerakan (MCO) yang dikuatkuasakan pada 18 Mac, dan beberapa penduduk kampung mulai menanam sayur bagi mendapatkan bekalan makanan.

Fatimah adalah seorang daripada penduduk yang terkesan kerana sebelum ini beliau bekerja mengambil kayu bertam untuk membuat perabot untuk dijual, tetapi tiada lagi permintaan susulan larangan perjalanan.

Sementara di Kampung Jerampak, 10km dari Muadzam Shah, Nordin mengusahakan kebun sayur kecil untuk dijadikan sumber makanan.

Kebun itu cukup besar sehingga beliau membenarkan penduduk kampung mengambilnya secara percuma dan selebihnya barulah dijual kepada pekerja ladang yang tinggal berdekatan rumahnya.

Selain Bantuan Prihatin diberi oleh kerajaan, penduduk kampung mendapat bantuan daripada Jabatan Pembangunan Orang Asli dan Yayasan Keamanan Global.

Penduduk kampung bukannya setakat bimbang dengan situasi virus yang melanda tetapi juga tidak pasti dengan masa depan mereka kerana pemulihan prospek kesihatan dan ekonomi akan memakan masa yang lama. – 21 Ogos, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen