Dunia berwarna-warni bak planet Pandora di Pulau Pinang


David ST Loh

DILIMPAHI cahaya lampu LED berwarna-warni yang digantung dari pohon-pohon rimbun, memberikan suasana mengkagumkan kepada pelancong di sebuah taman di Pulau Pinang.

Secara tidak rasmi digelar Taman Rahsia Avatar Pulau Pinang, bas yang dipenuhi para pelancong tiba setiap malam untuk mendaki bukit kecil di belakang Tokong Pak Koong Thai di Tanjung Tokong, Pulau Pinang, untuk melihat pemandangan yang berwarna-warni dan indah ini.

Pengunjung ke taman itu segera mengaitkan lampu-lampu LED dengan dunia biopendarkilau di luar realiti planet Pandora, seperti digambarkan dalam filem “Avatar” karya James Blake.

Taman ini terletak bersebelahan kuil berusia 218 tahun itu dan sebuah restoran makanan laut. Masuk ke taman adalah percuma.

Projek mencantikkan dan menghiaskan taman itu dengan lampu LED itu dilakukan dan ditaja oleh MBI Group, lapor The Star awal tahun ini.

Menurut Pengerusi kuil Lio Chee Yeong sebagaimana dilaporkan akhbar itu, kerja-kerja itu bermula pada Ogos 2016 dan disiapkan semasa sambutan Tahun Baru Cina. – 9 Disember, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen