TERLETAK antara Penampang dan Tambunan, terdapat satu kawasan sejuk dan berkabus dikenali sebagai Longkogungan, bermaksud jauh di pedalaman, yang kaya dengan flora dan faunanya yang unik.
Untuk sampai ke kawasan pedalaman yang bersempadan dengan dua daerah itu, anda perlu menempuh perjalanan yang sukar, seperti dialami 136 peserta ketika mengambil bahagian dalam program Mega Hike Charity 2020.
Ia diilhamkan oleh pelajar jurusan pelancongan Universiti Malaysia Sabah, Siscariell Maikol, 25, dan seorang guru Harry Yanto Bikal, yang bekerjasama mengumpulkan dana untuk membeli barang keperluan bagi persediaan asrama didiami oleh murid SK Longkogungan.
JCI, Mercy Malaysia dan beberapa badan amal juga berusaha untuk membeli bantal, tilam, peralatan komputer dan peralatan dapur.
Para sukarelawan turut merasai sendiri kesukaran dihadapi oleh guru ketika bekerja di luar bandar.
Untuk sampai ke Longkogungan, peserta harus berjalan selama lapan jam, meredah 12 bukit curam, enam sungai, 27 anak sungai, meniti tiga batang pokok dan tiga jambatan gantung untuk sampai ke Kampung Longkogugon.
SK Longkogungan mempunyai 11 orang murid dengan sembilan daripadanya tinggal di asrama kerana kediaman mereka yang terlalu jauh. – 5 Ogos 2020.
Bagi beberapa sukarelawan di Sabah, menghantar barang keperluan seperti makanan dan peralatan sekolah. Ia memerlukan mereka berjalan kaki sejauh beberapa kilometer melalui hutan dan lereng bukit selama berjam-jam. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 5 Ogos, 2020.
Sukarelawan membawa tilam dan meredah hutan dan kawasan berbukit selama berjam-jam untuk sampai ke SK Longkogungan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 5 Ogos, 2020.SK Longkogungan terletak di kawasan pedalaman antara daerah Penampang dan Tambunan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 5 Ogos, 2020.Sukarelawan dari beberapa daerah membantu membawa barangan keperluan seperti tilam, selimut, bantal, komputer, peralatan dapur, cat dan simen ke SK Longkogungan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 5 Ogos, 2020.Sukarelawan meredah hutan di kawasan hutan dan berbukit. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 5 Ogos, 2020.Sukarelawan berehat di sebuah pondok sebelum meneruskan perjalanan ke SK Longkogungan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 5 Ogos, 2020.Kisah guru, Harry Yanto menjadi tular pada Mac selepas membawa peti sejuk seberat 40kg, meredah hutan curam dan berlumpur, menyeberangi sungai dan jambatan untuk sampai ke sekolahnya. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 5 Ogos, 2020.Seorang sukarelawan mengimbangi badan meniti atas batang pokok yang berfungsi sebagai jambatan bagi menyeberangi sungai. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 5 Ogos, 2020.
Komen