IBADAT haji – rukun Islam kelima diraikan dalam suasana paling berbeza tahun ini.
Jemaah hanya sedikit berbanding berjuta jemaah yang hadir pada tahun-tahun selama ini, kelihatan melakukan tawaf, mengelilingi Kaabah.
Angkara pandemik Covid-19, jumlah jemaah haji tahun ini dihadkan dan penjarakan fizikal serta langkah pembasmi kuman dikuatkuasakan sepanjang ibadat itu berlangsung.
Batu yang digunakan bagi ibadat melontar di jamrah akan dibersihkan dan diberikan kepada jemaah. Jemaah juga tidak dibenarkan menyentuh Kaabah dan mencium batu hajar aswad di penjurunya.
Ketika solat berjemaah, jemaah perlu memakai topeng pelitup muka dan berjarak antara satu sama lain. – 31 Julai, 2020.
Jemaah memegang payung dan gelang warna sepadan bagi mengelaskan mereka, sebagai salah satu langkah mencegah penularan Covid-19, ketika melakukan ibadat tawaf. – Gambar AFP, 31 Julai, 2020.Gambar daripada media Arab Saudi menunjukkan jemaah menunaikan solat di Masjid Namira pada hari Arafah. – Gambar AFP, 31 Julai, 2020.Khemah dipasang di gunung Arafah di Mekah ketika jemaah berwukuf, kemuncak ibadat haji. Jumlah jemaah tahun ini sangat berkurangan susulan Arab Saudi mengambil langkah pencegahan Covid-19. – Gambar AFP, 31 Julai, 2020.Masjidil Haram di tanah suci Mekah menjadi kunjungan umat Islam dari seluruh dunia setiap tahun. – Gambar AFP, 31 Julai, 2020.Jemaah melakukan tawaf selamat datang, mengelilingi Kaabah dengan jemaah berirham menunaikan rukun haji. – Gambar AFP, 31 Julai, 2020.Deretan kedai di jalan-jalan menuju ke Masjidil Haram di Mekah sunyi pada musim haji tahun ini susulan pandemik Covid-19. – Gambar AFP, 31 Julai, 2020.Pengawal keselamatan bersiap sedia memastikan jemaah patuh arahan penjarakan fizikal ketika berjalan masuk ke Masjidil Haram. – Gambar EPA, 31 Julai, 2020.Jemaah haji melakukan tawaf di Masjidil Haram di Mekah, Arab Saudi. – Gambar EPA, 31 Julai, 2020.
Komen