Kegigihan wanita Orang Asli jana pendapatan


Seth Akmal

KAUM wanita di Kampung Orang Asli Serendah berjaya menjana pendapatan hasil kerjasama dengan sebuah syarikat sosial dikenali sebagai The Asli Co.

Wanita di sana, yang kebanyakannya suri rumah dan ibu, jarang ke luar dari kampung untuk bekerja kerana mereka perlu berada di rumah untuk menjaga keluarga.

Justeru, bersama The Asli Co, wanita dapat menambah pendapatan isi rumah tanpa perlu meninggalkan rumah.

Bermula dengan sabun dan pasu dengan lukisan tangan bagi tumbuhan sukulen, mereka mulai membuat pelitup mula dan cecair pembersih kuman kerana permintaannya yang tinggi ketika wabak.

Produk tersebut kini dijual di laman web The Asli Co. – 16 Julai, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen