Festival jazz Pulau Pinang


David ST Loh

Festival Jazz Antarabangsa Pulau Pinang (PIJF) berjaya menyempurnakan edisinya yang ke-14 pada Ahad. Diadakan sejak 2004, festival muzik bebas ini mempersembahkan pemuzik jazz tempatan dan antarabangsa yang terbaik.

Diadakan di Bayview Beach Resort sebagai lokasi utamanya dan pelbagai tempat lain di seluruh pulau dari 30 November hingga 3 Disember.

Pengarah PIJF Paul Augustin berkata pada sidang media Jumaat lalu, ia dihadiri oleh pelbagai kumpulan muzik dari beberapa negara seperti Australia, Austria, Poland, Norway dan Korea.

Acara kemuncak “Jazz By The Beach” membariskan ramai penghibur yang “pelbagai dan eklektik”.

Persembahan pada Ahad itu termasuk gitaris Itali, Peppino D ‘Agostino; kumpulan Etno-fusion Korea Selatan, SE:UM; kuartet akustik jazz Holler My Dear; trio kolaborasi jazz moden Luxembourg-USA, Reis Demuth Wiltgen dan pemain kuintet jazz dari Pulau Pinang, Tonal Alchemy. – 5 Disember, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen