LEBIH setengah juta pelajar Tingkatan Lima dan Tingkatan Enam Atas memulakan kelas hari ini pada fasa pertama pembukaan sekolah di Malaysia sejak bermulanya wabak Covid-19.
Kira-kira 2,400 sekolah kebangsaan, sekolah asrama dan swasta di seluruh sudah bersiap sedia untuk menyambut kembali pelajar dengan prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan.
SOP akan memastikan semua kakitangan dan pelajar dapat mengekalkan peraturan penjarakan sosial sejauh satu meter dan kebersihan diri yang tinggi. – 24 Jun, 2020.
Pelajar mencuci tangan di luar kelas mereka di SMK Selayang Bahru, Kuala Lumpur. - Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 24 Jun, 2020.
Seorang guru memakai alat pelindung muka di SMA Kota Kinabalu, Sabah. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 24 Jun, 2020.
Wakil dari setiap kelas menunggu bungkusan makanan mereka di SMK Lembah Keramat Jaya di AU5, Kuala Lumpur pada hari pertama persekolahan selepas wabak Covid-19. Pelajar hanya dibenarkan makan di kelas. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 24 Jun, 2020.
Pelajar makan di kelas pada waktu rehat di SMK Lembah Keramat Jaya di AU5, Kuala Lumpur pada hari pertama persekolahan selepas wabak Covid-19. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 24 Jun, 2020.
Seorang guru menjaga jarak sosial pelajar di kelas di SMK Selayang Bahru, Kuala Lumpur. - Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 24 Jun, 2020.
Guru ketika berada di bilik mereka di SMK Selayang Bahru, Kuala Lumpur. - Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 24 Jun, 2020.
Pelajar SMK Selayang Bharu beratur untuk memasuki kelas mereka pada hari pertama persekolahan sejak bermulanya wabak Covid-19. - Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 24 Jun, 2020.
Seorang pelajar membeli minuman di kantin SMK Selayang Bharu semasa waktu rehat. - Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 24 Jun, 2020.
Pelajar memakai topeng muka di dalam kelas di SMA Kota Kinabalu. Lebih setengah juta pelajar Tingkatan Lima dan Tingkatan Enam memulakan kelas hari ini pada fasa pertama pembukaan sekolah di Malaysia sejak bermulanya wabak Covid-19. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid,24 Jun, 2020.
Seorang pelajar melakukan pengimbasan diri sebelum memasuki kelas di SMA Kota Kinabalu, Sabah. – Ga,bar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 24 Jun,2020
Daftar atau log masuk di sini untuk komen.
Komen