NEGARA kini berada di bawah perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) sehingga 31 Ogos, yang menyaksikan banyak sekatan dilonggarkan.
Di bawah PKPP perjalanan rentas negeri dibenarkan, serta pembukaan semula lebih banyak perniagaan secara beransur-ansur, termasuk gimnasium, salon rambut dan pasar malam serta kemudahan awam seperti ruang solat di pusat membeli-belah dan perkhidmatan rehat dan rawat (R&R) di sepanjang lebuh raya.
Polis akan terus memantau kepatuhan terhadap langkah kesihatan dan keselamatan yang dilaksanakan untuk mencegah kemunculan semula Covid-19, seperti penjarakan sosial dan had jumlah orang ramai yang dibenarkan berkumpul. – 11 Jun, 2020.
Seorang lelaki berjoging di taman Tanjung Lipat di Kota Kinabalu, Sabah. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 11 Jun, 2020.Penjarakan sosial antara pelanggan dan alat pelindung bagi tukang gunting rambut dan pendandan rambut adalah sebahagian daripada kebiasaan baharu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 11 Jun, 2020.Skrin komputer di Terminal Bersepadu Selatan di Kuala Lumpur menunjukkan tiket habis dijual bagi destinasi tertentu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 11 Jun, 2020.
Penumpang LRT di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 11 Jun, 2020.
Orang ramai beratur untuk memasuki restoran di Kuala Lumpur pada hari pertama PKPP. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 11 Jun, 2020.Penumpang menunggu bas di Terminal Bersepadu Selatan di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 11 Jun, 2020.Seorang pekerja membersihkan bilik di sebuah hotel di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 11 Jun, 2020.Seorang lelaki berjalan di depan papan iklan yang memaparkan destinasi di Terminal Bersepadu Selatan di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 11 Jun, 2020.Lebih banyak perniagaan dibuka semula di bawah PKPP. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 11 Jun, 2020.
Orang ramai menikmati makan malam di Tanjung Lipat, Kota Kinabalu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 11 Jun, 2020.
Komen