Sambutan Hari Kaamatan di tengah wabak


Irwan Majid

TIDAK seperti sambutan penuh meriah Hari Kaamatan pada tahun-tahun sebelum ini, Kadazandusun Murut kali ini memilih meraikan hari penting itu dengan menyesuaikan diri dengan norma baharu.

Ia saban tahun disambut di seluruh negeri pada Mei dan berakhir pada 30 dan 31 Mei di premis Persatuan Budaya Kadazan Dusun (KDCA).

Biasanya, ratusan gerai yang menjual makanan dan minuman dan pelbagai barangan akan bermula di KDCA seawal 1 Mei.

Orang ramai menikmati makanan, minuman keras, muzik, karaoke, atau segalanya, sementara yang lain menantikan program Kaamatan utama seperti pertandingan Sugandoi (nyanyian) dan Unduk Ngadau.

Namun, semua program Kaamatan kali ini dibatalkan sebagai sebahagian daripada usaha untuk membendung penyebaran Covid-19 di negeri ini. – 2 Jun 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen