SABAN tahun, menjadi amalan biasa umat Islam di seluruh dunia meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan mengadakan rumah terbuka serta zirah menziarahi sebagai tanda berakhirnya Ramadan.
Namun, situasi sangat berbeza tahun ini di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) menyebabkan amalan itu terpaksa diketepikan sebagai usaha untuk mengekang penularan wabak Covid-19.
Ini termasuk larangan untuk balik kampung menerusi larangan merentas negeri dan aktiviti rumah terbuka hanya dibenarkan pada hari pertama Aidilfitri, dan terhad hanya 20 keluarga terdekat sahaja dalam satu-satu masa.
Selain itu, amalan menziarah kubur juga dilarang manakala solat sunat Aidilfitri juga dihadkan.– 24 Mei, 2020.
Anggota polis dan tentera melakukan kawalan di Masjid Negara, Kuala Lumpur.– Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 24 Mei, 2020.Burung merpati memenuhi perkarangan Masjid Negeri Sabah di Kota Kinabalu. Kebiasannya masjid ini akan dipenuhi umat Islam menunaikan solat sunat Aidilfitri pada pagi Syawal.– Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 24 Mei, 2020.Seorang wanita menyapu air mata di Tanah Perkuburan Islam Ampang, sehari sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri. Amalan menziarahi kubur pada pagi Hari Raya perlu dielakkan.– Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 24 Mei, 2020.Umat Islam menunaikan solat sunat Aidilfitri di perkarangan Masjid Negara hari ini.– Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 24 Mei, 2020.Anggota polis mengarahkan pengunjung untuk tidak menunaikan solat di perkarangan Masjid Negara, Kuala Lumpur.– Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 24 Mei, 2020.Seorang kanak-kanak bermain bunga api di Kuala Lumpur pada malam raya.– Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 24 Mei, 2020.Seorang lelaki di Kuala Lumpur melepaskan rindu dengan membuat panggilan video dengan ahli keluarga.– Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 24 Mei, 2020.Pelita tertulis "Raya KL Je" mewarnai sambutan Aidilfitri di Kuala Lumpur. Umat Islam tidak dibenarkan merentas negeri untuk pulang ke kampung halaman pada Hari Raya kali ini.– Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 24 Mei, 2020.Sekumpulan lelaki menyediakan juadah selepas solat sunat Aidilfitri sebagai tanda berakhirnya Ramadan.– Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 24 Mei, 2020.Seorang lelaki membayar zakat fitrah di perkarangan Masjid Negeri Kota Kinabalu, Sabah.– Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 24 Mei, 2020.
Komen