PKPD di PJ Old Town


PERINTAH kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) hari ini dikeluarkan kepada Pekan Lama Petaling Jaya atau lebih dikenali sebagai PJ Old Town, kawasan yang turut termasuk pasar Jalan Othman dan sekitarnya, di Petaling Jaya.

Perintah itu dilaksanakan atas nasihat menteri kesihatan, selepas 26 kes Covid-19 dikesan di daerah itu.

Pelaksanaan kawalan itu berkuat kuasa selama dua minggu bermula hari ini.

Terdapat kira-kira 2,900 penduduk di tiga zon di bawah PKPD. – 10 Mei, 2020.





 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen