TIDAK jauh daripada tapak pembinaan, lima kontena ditematkan di bawah lebih raya dijadikan “kediaman” untuk pekerja asing.
Bunyi itik mencari makanan turut kedengaran daripada kawasan belakang kontena berkenaan.
Setiap kontena mampu menempatkan sehingga enam pekerja.
Hampir dua bulan pekerja asing tidak bekerja berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk menangani penularan wabak Covid-19.
Terdapat 20 penghuni rumah kontena ini. Kesemua mereka adalah dari Bangladesh dan memiliki permit kerja dan dokumen perjalanan sah.
Ada di antara mereka yang sudah bekerja di Malaysia hampir lima tahun manakala ada yang baru sampai ke negara ini tujuh bulan lalu.
Dalam tempoh PKP, mereka tidak keluar daripada kawasan itu kerana majikan menyediakan makanan dan gaji.
Sebahagian daripada gaji mereka dihantar ke kampung, menyebabkan mereka kekurangan wang selepas tiga kali PKP dilanjutkan. Mereka bernasib baik kerana masih ada prihatin menghulurkan makanan kepada mereka.
Mereka memperoleh RM55 sehari, tidak termasuk kerja lebih masa, dan kira-kira 10 daripada mereka kembali bekerja di tapak pembinaan sejak kerajaan membenarkan beberapa sektor beroperasi. – 3 Mei, 2020.
Pekerja asing dalam rumah kontena mereka selepas selesai berbuka puasa di Kuala Lumpur.– Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 3 Mei, 2020.Keadaan rumah kontena yang dihuni pekerja asing di Kuala Lumpur.– Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 3 Mei, 2020. Pekerja asing membaca doa sebelum berbuka puasa di rumah kontena yang dihuni mereka.– Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 3 Mei, 2020.Pekerja asing tidak dapat bekerja hampir dua bulan berikutan penguatkuasaan kawalan pergerakan.– Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 3 Mei, 2020.Pekerja asing menyediakan juadah berbuka puasa di Kuala Lumpur.– Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 3 Mei, 2020.Sebahagian daripada 20 pekerja dari Bangladesh tinggal di rumah kontena. Mereka memiliki dokumen perjalanan dan permit kerja yang sah.– Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 3 Mei, 2020.Pekerja asing berharap pandemik Covid-19 berakhir untuk mereka kembali bekerja dan menghantar wang ke kampung.– Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 3 Mei, 2020.Pekerja asing berbuka puasa di rumah kontena yang dihuni mereka di Kuala Lumpur.– Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 3 Mei, 2020.Pekerja asing menikmati juadah berbuka puasa di Kuala Lumpur.– Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 3 Mei, 2020.Pekerja asing menunaikan solat selepas berbuka puasa di rumah kontena yang dihuni mereka di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 3 Mei, 2020.Sekawan itik mencari makanan di kawasan yang dijadikan tempat mandi pekerja asing di Kuala Lumpur.– Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 3 Mei, 2020.
Komen