Kehidupan di Pulau Gaya semasa PKP


Irwan Majid

PULAU Gaya mungkin merupakan taman laut tetapi ia juga merupakan kediaman bagi sejumlah besar pendatang asing tanpa izin dan setinggan.

Kampung Pondoh hanya 1.5km dan 10 minit perjalanan dengan menaiki bot dari bandar Kota Kinabalu tetapi kampung ini tidak mempunyai kemudahan dan infrastruktur asas di samping tahap kebersihan yang buruk.

Selepas pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) fasa pertama pada 18 Mac, penduduk di Pulau Gaya dilarang meninggalkan pulau atau memasuki bandar.

Hanya mereka yang terlibat dengan perkhidmatan penting dibenarkan memasuki Kota Kinabalu sepanjang tempoh PKP.

Walaupun diberi bantuan makanan, ia masih tidak mencukupi terutama untuk menampung keluarga yang besar. 

Penduduk kampung berharap agar pihak berkuasa dapat memperbaiki keadaan hidup mereka ketika negara giat menangani wabak Covid-19. – 20 April, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen