Nikmati keindahan dari balkoni


Hasnoor Hussain

SUSULAN perintah berkurung dilanjutkan hingga masuk fasa ketiga sekarang, dengan pakar kesihatan menggesa masyarakat mematuhi arahan bagi meratakan lengkung jangkitan koronavirus, rumah kini menjadi titik tumpu hampir segala aktiviti.

Rumah menjadi pejabat anda, dan juga gimnasium, restoran, pawagam dan juga kelab sosial.

Bagi mereka yang tinggal di rumah bertingkat dan dilengkapi balkoni, ia memberikan rasa tenang dan dapat menikmati suasana luar, selepas terkurung dan hilang kehidupan normal sepanjang perintah kawalan pergerakan.

Rakyat Malaysia perlu terus kekal berada di rumah, menikmati pemandangan hanya dari balkoni rumah bagi memastikan Covid-19 berakhir. – 14 April, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen