'Tukang jahit' di HKL


PETUGAS perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL) berganding bahu menjahit pakaian peralatan perlindungan diri (PPE) untuk rakan yang bertugas di barisan hadapan menangani pandemik Covid-19.

Para doktor dan jururawat HKL menjadikan perpustakaan di hospital itu sebagai bilik menjahit sementara.

Mereka dibantu kakitangan dari dari jabatan lain yang tidak merawat pesakit Covid-19.

Setakat ini mereka mampu menyiapkan 400 helai baju PPE sehari. – 7 April, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen