Menjahit demi perjuangan menentang Covid-19


Hasnoor Hussain

PANDEMIK Covid-19 menyebabkan masalah kekurangan peralatan perlindungan peribadi (PPE) untuk petugas barisan hadapan, terutama doktor dan jururawat.

Beberapa individu kemudian mengambil insiatif menawarkan perkhidmatan mereka untuk menjahitkan PPE.

Fana Couture, pengeluar pakaian Muslim, menjahit tudung pakai buang untuk petugas barisan hadapan.

Hospital seperti HKL dan KPJ menghantar bahan yang kemudiannya dijahit oleh pekerja Fana Couture untuk dijadikan tudung pakai buang.

Setakat ini, mereka menyiapkan 200 hingga 300 tudung pakai buang untuk kegunaan petugas barisan hadapan. – 4 April, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen