SEKEJAP mereka menari di jalan raya raya dengan helmet koronavirus yang lucu, tidak lama kemudian mereka dilihat pula memukul penduduk yang ingkar arahan pengurungan di seluruh negara.
Begitulah peranan yang terpaksa dimainkan anggota polis di India dalam usaha menguatkuasakan arahan kerajaan di seluruh India dalam usaha menghentikan penyebaran Covid-19.
Jalan raya di sekitar beberapa bandar India sebahagiannya kosong selama lebih seminggu susulan arahan pengurungan 21 hari dikenakan oleh kerajaan - usaha sukar dilakukan di negara mempunyai 1.3 bilion penduduk yang terkenal dengan sikap fleksibel terhadap pihak berkuasa.
Polis mengaku terpaksa bekerja keras untuk memastikan penduduk tidak keluar rumah, sementara seorang penganalisis berkata beberapa tahap paksaan diperlukan untuk menguatkuasakan perintah kerajaan itu. – AFP, 2 April, 2020..
Kakitangan polis trafik memakai topi keledar koronavirus membuat persembahan di depan pemandu (tengah) ketika berkempen memberi kesedaran kepada orang ramai semasa tempoh pengurungan di Bangalore. – Gambar AFP, 2 April, 2020.
Beberapa lelaki memakai topeng koronavirus dan pelekat bertulis 'Jangan keluar, jangan dekati korona' sebagai hukuman yang dikuatkuasakan oleh pihak polis kerana ingkar arahan pengurungan di Chennai. – Gambar AFP, 2 April, 2020.Seorang pegawai polis menunggang kuda yang dilukis gambar virus Covid-19 ketika membuat pengumuman dengan orang awam semasa tempoh pengurungan dikenakan di seluruh negara terhadap Covid-19, di kampung Peapally Mandal di daerah Kurnool di negeri Andhra Pradesh. – Gambar AFP, 2 April, 2020.Polis trafik memakai helmet koronavirus yang menyertai kempen kesedaran kepada orang ramai semasa tempoh pengurungan yang dikenakan kerajaan di seluruh negara sebagai langkah pencegahan terhadap Covid-19 di Bangalore. – Gambar AFP, 2 April, 2020.Pegawai polis menahan kenderaan ketika memeriksa dokumen yang sah untuk perjalanan semasa tempoh pengurungan di seluruh negara sebagai langkah pencegahan terhadap Covid-19 di Chennai. – Gambar AFP, 2 April, 2020.
Pasukan peronda "Patroli Covid" yang diwujudkan untuk memberi kesedaran dan menguatkuasakan perintah pengurungan kerajaan semasa dilancarkan di daerah selatan New Delhi. – Gambar AFP, 2 April, 2020.
Anggota polis trafik memakai topi keledar koronavirus membuat persembahan di depan pemandu ketika kempen kesedaran kepada orang ramai semasa tempoh pengurungan yang dikenakan kerajaan di seluruh negara sebagai langkah pencegahan terhadap Covid-19 di Bangalore. – Gambar AFP, 2 April, 2020.Pekerja buruh harian dan ahli keluarga membawa barangan berjalan melepasi bangunan Vidhana Soudha ketika mereka meninggalkan bandar untuk pulang ke kampung semasa tempoh pengurungan mengekang penyebaran wabak Covid-19 di Bangalore. – Gambar AFP, 2 April, 2020.
Sukarelawan daripada organisasi Dera Kar Sewa Sant Baba Bhuri Wale menyediakan makanan kepada mereka yang memerlukan semasa tempoh pengurungan di seluruh negara sebagai langkah pencegahan terhadap Covid-19 di Amritsar. – AFP, 2 April, 2020.
Komen