SEJAK Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasa pada 18 Mac, suasana Kuala Lumpur lengang.
Jalan-jalan di ibu kota yang biasanya dipenuhi kenderaan serta keriuhan pelbagai aktiviti, kini kosong apabila masyarakat mula tinggal di rumah bagi mengekang penularan wabak Covid-19.
Di bawah PKP, semua urusan atau perniagaan tidak penting tidak dibenarkan beroperasi, dan masyarakat hanya dibenarkan keluar untk mendaoatkan bekalan makanan dan keperluan lain atau untuk kecemasan sahaja.
Arahan kerajaan itu yang sepatutnya berakhir hari ini, dilanjutkan sehingga 14 April. – 31 Mac, 2020.
Keadaan di Stesen Kereta Api Kuala Lumpur yang lengang berikutan Perintah Kawalan Pergerakan. – Gambar SC Sheker, 31 Mac, 2020.Keadaan sunyi dan lengang di Jalan Raja Laut dan Jalan Kuching.– Gambar SC Sheker, 31 Mac, 2020. Keadaan Dataran Merdeka yang sebelum ini dibanjiri pengunjung dari dalam dan luar negara. – Gambar SC Sheker, 31 Mac, 2020. Pandangan dari udara Dataran Merdeka dan Masjid Jamek di Kuala Lumpur. – Gambar SC Sheker, 31 Mac, 2020. Dataran Merdeka kosong tanpa pengunjung.– Gambar SC Sheker, 31 Mac, 2020. Tiada pengunjung di Tugu Negara, Kuala Lumpur.– Gambar SC Sheker, 31 Mac, 2020. Pemandangan di Bangunan Parlimen di ibu negara.– Gambar SC Sheker, 31 Mac, 2020. Pemandangan dari udara di Tugu Negara, Kuala Lumpur.– Gambar SC Sheker, 31 Mac, 2020. Pemandangan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.– Gambar SC Sheker, 31 Mac, 2020. Menara Berkembar Petronas antara bangunan pencakar langit di Kuala Lumpur.– Gambar SC Sheker, 31 Mac, 2020. Pemandangan di taman KLCC yang biasanya dipenuhi pengunjung, kini lengang kerana PKP.– Gambar SC Sheker, 31 Mac, 2020. Pemandangan Stesen Kereta Api Kuala Lumpur.– Gambar SC Sheker, 31 Mac, 2020. Masjid Negara di Kuala Lumpur juga lengang selepas kerajaan mengeluarkan arahan agar tiada sebarang aktiviti dijalankan sepanjang tempoh PKP.– Gambar SC Sheker, 31 Mac, 2020.
Komen