Wira tak didendang Covid-19


Hasnoor Hussain

RAMAI yang teruja untuk merasai pengalaman bekerja dari rumah apabila perintah kawalan pergerakan (PKP) diumumkan bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Tetapi, beberapa sektor diberikan pengecualian dalam perintah itu- mereka ini dianggap perkhidmatan penting. Antaranya adalah bekalan makanan, utiliti, kesihatan, farmasi, perkhidmatan penyampaian dan penghantaran makanan, pengangkutan awam dan beberapa industri pembuatan dan pengeluaran.

PKP berlangsung selama 14 hari kerana ia adalah tempoh hayat Covid-19, maka arahan berada dalam rumah layaknya seperti kuarantin massa Malaysia.

Ketika majoriti rakyat Malaysia berada di rumah masing-masing, ribuan wira benteng pertahanan pertama pelbagai bidang masih menjalankan amanah bagi memastikan wabak berbahaya ini terkawal dan kehidupan rakyat Malaysia dapat berjalan seperti biasa. – 23 Mac, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen