Hari pertama perintah kawalan pergerakan


PERINTAH kawalan pergerakan di seluruh negara berkuat kuasa dari 18 hingga 31 Mac ini bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Hanya pasar raya dan kedai yang menawarkan perkhidmatan penting dilihat buka pada hari pertama tempoh penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan selama dua minggu.

Kerajaan mengarahkan untuk mengharamkan perhimpunan awam dan hanya membenarkan perjalanan untuk membeli barang keperluan atau hanya untuk kes kecemasan. – 18 Mac, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen