Api musnahkan 50 hektar hutan simpan Kuala Langat


Hasnoor Hussain

KIRA-KIRA 50 hektar dari Hutan Simpan Kuala Langat musnah dalam satu kebakaran, kata Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor.

Setakat ini anggota bomba telah memadam hampir 50% kebakaran bagi mengawal api dari merebak.

Kebakaran hutan gambut itu berlaku sekurang-kurangya lima hari sebelum dilaporkan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor pada 28 Februari.

Tanah gambut terbentuk dari bahan organik terkumpul yang diperoleh dari tumbuhan mati dan larut dalam air.

Bagaimanapun pada musim kering tanah gambut mudah menangkap api dan sukar dihentikan apabila ia merebak melalui lapisan gambut bawah tanah.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor menghantar 93 anggota dan 59 dari agensi lain bagi mengawal kebakaran yang mengambil masa 10 hari.

Hutan gambut amat penting untuk alam sekitar kerana ia berfungsi sebagai sink karbon.

Hutan Simpan Kuala Langat juga mempunyai ekosistem tanah lembab yang unik menyokong spesies flora dan fauna yang jarang berlaku secara biologi dan sumber air tawar. – 4 Mac, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen