Selepas banjir surut


David ST Loh

WALAUPUN banjir di Pulau Pinang semakin surut, bantuan yang diterima terus mencurah-curah.

Kerajaan negeri juga akan melancarkan laman sesawang untuk menyampaikan sebarang maklumat terkini kepada rakyat.

Banjir kilat yang melanda negeri itu pada hujung minggu lalu digambarkan sebagai yang terburuk pernah berlaku, menyebabkan lebih 12,500 orang dipindahkan ke pusat penempatan banjir.

Hujan lebat dan angin kencang pada awal Sabtu dan Ahad menyebabkan banjir, serta mengakibatkan kejadian tanah runtuh dan banyak pokok tumbang. – 10 November, 2017.
 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen