PESAWAT yang membawa pulang 46 rakyat Malaysia yang bermastautin di Wuhan selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira 6 pagi tadi.
Penerbangan AirAsia AK8265 bertolak dari Lapangan Terbang Antarabangsa Tianhe, Wuhan pada 1.45 pagi – lokasi bermulanya wabak Covid-19, dengan membawa 66 penumpang, 12 anak kapal, sembilan wakil agensi kerajaan dari Malaysia dan dua pegawai Kedutaan Besar Malaysia di Beijing.
Kesemua 66 penumpang, iaitu 46 rakyat Malaysia serta 20 pasangan dan anak mereka yang bukan warganegara telahpun melepasi tapisan kesihatan yang dibuat oleh kerajaan China sebelum dibenarkan menaiki pesawat.
Penerbangan itu pada awalnya dijadualkan membawa pulang 75 rakyat Malaysia, kata Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).
Saringan kesihatan diadakan di lapangan terbang di Wuhan dengan enam tidak dapat menaiki pesawat kerana isu kesihatan. – 26 Februari, 2020.
Rakyat Malaysia yang bermastautin di Wuhan selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang. – Gambar ihsan Kementerian Kesihatan, 26 Februari, 2020.Anggota pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) mengarahkan penumpang menjalani saringan kesihatan di Unit Kecemasan Udara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang. – Gambar ihsan Kementerian Kesihatan, 26 Februari, 2020.
Rakyat Malaysia yang tiba dari Wuhan dibawa menaiki bas ke Unit Kecemasan Udara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang. – Gambar ihsan Kementerian Kesihatan, 26 Februari, 2020.Seorang wanita bersama anaknya disambut oleh anggota Hazmat untuk dibawa menjalani saringan kesihatan di Unit Kecemasan Udara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang. – Gambar ihsan Kementerian Kesihatan, 26 Februari, 2020.Penumpang pesawat dari Wuhan diiringi anggota Hazmat ke Unit Kecemasan Udara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang untuk menjalani saringan kesihatan. – Gambar ihsan Kementerian Kesihatan, 26 Februari, 2020.
Anggota Hazmat menyambut penumpang pesawat dari Wuhan untuk dibawa menjalani saringan kesihatan di Unit Kecemasan Udara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang. – Gambar ihsan Kementerian Kesihatan, 26 Februari, 2020.Anggota Bomba dan Penyelamat Malaysia memeriksa pakaian khas yang dipakai oleh pegawai kesihatan di Unit Kecemasan Udara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang. – Gambar ihsan Kementerian Kesihatan, 26 Februari, 2020.Pegawai perubatan bersiap-sedia menerima ketibaan rakyat Malaysia dari Wuhan di Unit Kecemasan Udara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang. – Gambar ihsan Kementerian Kesihatan, 26 Februari, 2020.Pekerja perubatan menaiki bas ke Unit Kecemasan Udara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang sebelum pesawat membawa rakyat Malaysia dari Wuhan tiba. – Gambar ihsan Kementerian Kesihatan, 26 Februari, 2020.
Pekerja perubatan bersiap sedia di Unit Kecemasan Udara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang. – Gambar ihsan Kementerian Kesihatan, 26 Februari, 2020.
Anak-anak rakyat Malaysia yang menaiki pesawat AirAsia AK8265 dari Wuhan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang hari ini. – Gambar ihsan Kementerian Kesihatan, 26 Februari, 2020.
Komen