Danilo Celano juara keseluruhan LTdL 2020


Afif Abd Halim

PASUKAN benua Malaysia, Team Sapura Cycling (TSC) menyambar dua jersi menerusi pelumba dari Itali Danilo Celano selaku juara keseluruhan (jersi kuning) dan pelumba negara Muhamad Nur Aiman Mohd Zariff yangmuncul sebagai Raja Bukit (jersi merah) pada Petronas Le Tour de Langkawi (LTdL) 2020.

Kemenangan Celano itu juga bermakna TSC menjadi pasukan tempatan pertama muncul juara keseluruhan pada edisi ke-25 LTdL yang melabuhkan tirainya di Langkawi hari ini.

Penganjuran perlumbaan tahun ini juga mencipta sejarah tersendiri bagi Hariff Saleh daripada Terengganu Inc TSG menjadi pelumba Asia pertama memenangi tiga perlumbaan LTdL 2020. – 14 Februari, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen