Walscheid ungguli peringkat ketiga LTdL 2020


Afif Abd Halim

PELUMBA pilihan Max Walscheid daripada NTT Pro Cycling Team akhirnya menepati ramalan menjadi pencabar utama kejohanan apabila menang peringkat ketiga Petronas Le Tour de Langkawi 2020 di Kuala Lumpur hari ini.

Pelumba Jerman berusia 26 tahun itu memulakan pertandingan dengan cemerlang di Kota Kinabalu pada Khamis lalu, tetapi dikejutkan dengan kejayaan pelumba muda Australia Taj Jones pada peringkat kedua di Kerteh semalam.

Beliau bagaimanapun tidak mengulangi kesilapan sama hari ini.

Kejayaan itu juga membolehkan Walscheid meraih 34 mata, jauh meninggalkan Yevgeniv Fedorov daripada pasukan Vino-Astana Motors dengan 21 mata. Pelumba Turki Ahmet Orken daripada pasukan Sapura Cycling pula berada di tempat ketiga.

Peringkat keempat esok diramal jadi pertempuran sengit dengan titik penamat di Genting Highlands dalam kayuhan sepanjang 156.1km bermula di Putrajaya. – 9 Februari, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen