Suku Semai terkilan janji hanya tinggal janji


Hasnoor Hussain

ORANG Asli suku Semai di Ulu Geruntum, Gopeng berang susulan kegagalan kerajaan negeri Perak menghentikan projek mini hidroelektrik di tanah adat mereka.

Mereka berharap kerajaan Pakatan Harapan akan membatalkan keputusan membina empangan hidro yang dibuat pentadbiran Barisan Nasional dahulu.

Meskipun banyak gesaan dari suku Semai, aktivis dan persatuan sivil supaya projek tersebut dihentikan, kerajaan negeri pada tahun lepas akhirnya memberi lampu hijau agar ia diteruskan.

Sejak 2012 lagi masyarakat Orang Asli suku Semai ini membantah pembinaan empangan itu kerana bimbang ia akan merosakkan ekosistem dan cara hidup mereka. – 4 Februari, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen