Malaysia waspada penularan virus Wuhan
Irwan Majid
Dikemas kini 4 tahun yang lalu ·
Diterbitkan pada 26 Jan 2020 9:38AM ·
MALAYSIA sudah mengesahkan empat kes koronavirus yang berasal dari Wuhan, China.
Kesemua mangsa adalah dari Wuhan yang masuk ke negara ini melalui Johor Baru.
Tiga pesakit pertama sedang dirawat di Hospital Sungai Buloh, dan berada dalam keadaan stabil.
Manakala pesakit keempat dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah di Johor.
Rakyat Malaysia yang ke China dinasihatkan supaya menjauhi ladang dan pasar haiwan, dan tidak makan daging mentah atau separuh masak.
Virus baharu yang baru dikenal pasti 2019-nCoV boleh menyebabkan radang paru-paru, yang boleh membawa kepada kematian dalam beberapa kes. – 26 Januari, 2020.
Imej komposit menunjukkan orang ramai memakai topeng muka semasa menunggu penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu di Sabah. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 26 Januari, 2020.
Penumpang memakai topeng muka ketika menunggu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Orang ramai diingatkan mengambil langkah berjaga-jaga dalam menghadapi ancaman koronavirus. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 26 Januari, 2020.
Sebuah keluarga memakai topeng dilihat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 26 Januari, 2020.
Pelancong dari China tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 26 Januari, 2020.
Kakitangan Airasia menunjukkan arah kepada seorang penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 26 Januari, 2020.
Notis makluman kepada penumpang yang pengimbas haba dijalankan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Malaysia adalah antara 14 negara, termasuk China, melaporkan jangkitan virus yang berasal dari Wuhan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 26 Januari, 2020.
Kamera yang digunakan untuk mengimbas haba dilihat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 26 Januari, 2020.
Seorang kanak-kanak memakai topeng ketika perayaan Tahun Baharu Cina di Gaya Street di Kota Kinabalu, Sabah. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 26 Januari, 2020.
Orang ramai, yang sebahagian daripada mereka memakai topeng, menyaksikan persembahan yang diadakan bersempena Tahun Baharu Cina di Gaya Street di Kota Kinabalu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 26 Januari, 2020.
Pelancong yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu tertakluk kepada pemeriksaan kesihatan berikutan wabak virus Wuhan. – Gambar ihsan Kementerian Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, 26 Januari, 2020.
Imej pada mesin pengimbas haba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. – Gambar ihsan Kementerian Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, 26 Januari, 2020.
Daftar atau log masuk di sini untuk komen.
Komen